Saturday, 13 August 2011

Sistem Pencernaan Bagi Haiwan Besar yang makan tumbuhan


Terdapat 3 Jenis Sistem Pencernaan Haiwan
  • Monogaster
  • Monogaster terubah
  • Ruminan


Apakah Haiwan Ruminan?
Haiwan ruminan adalah haiwan seperti kambing, lembu, kerbau dan kuda. Haiwan ruminan mempunyai empat bahagian perut dan bahagian perut adalah rumen, retikulum, omasum dan abomasum. Kebanyakan haiwan herbivora adalah haiwan ruminan.


Bahagian Sistem Pencernaan Ruminan
1. Mulut, gigi dan bibir
2. Esophagus
3. Empat Bahagian Perut
- Rumen
- Retikulum
- Omasum
- Abomasum
4. Usus Kecil dan Usus Besar


1. Mulut, Gigi Dan Bibir
Fungsi mulut, gigi dan bibir adalah untuk memegang, mengunyah dan melembabkan makanan.

2. Esophagus
Esophagus berfungsi sebagai saluran menghubung perut.

3. Rumen
Bahagian terbesar tempat fermentasi, terdapat bakteria dan protozoa yang menghurai bahan kasar. Pada dinding Rumen terdapat papillae yang meningkatkan luas permukaan untuk penyerapan serta mikro organisme yang mencerna selulosa dan mensintesis asid amino dan juga vitamin B-complex.

Saiz Rumen:
Lembu - 100 liter
Kambing - 12 liter

4. Retikulum
Dinding Retikulum berbentuk seperti sarang lebah (Honeycomb). Bahagian ini akan bergabung dengan rumen dalam aktiviti campuran makanan dan juga fermentasi.

Saiz Retikulum:
Lembu - 6 liter
Kambing - 1 liter

5. Omasum
Omasum mempunyai lapisan lapisan seperti buku, dipanggil perut kitab. Ia membantu dalam penyerapan dan juga pengisaran bahan makanan kasar. Ia juga dikenali sebagai bible,fardelmanyplies dan psalterium.

Saiz Omasum:
Lembu - 10 liter
Kambing - 0.5 liter

6. Abomasum (Perut Sebenar)
Abomasum ialah bahagian perut keempat dan terakhir dalam haiwan ruminan. Abomasum merupakan perut pencernaan sebenar, anatomi dan fungsinya hampir sama dengan fungsi cperut dalam haiwan berperut tunggal (Monogaster). Proses pencernaan enzim berlaku disini. Ia juga dikenali sebagai maw dan rennet-bag.

Saiz Abomasum:
Lembu - 20 liter
Kambing - 1.5 liter

7. Usus Kecil
Pencernaan makanan oleh enzim dan juga penyerapan molekul nutrien berlaku di sini. Usus kecil akan mengeluarkan enzim pencerna lemak, protein dan juga karbohidrat.

Saiz Usus Kecil:
Lembu - 70 liter atau 130 kaki
Kambing - 8 liter atau 80 kaki

8. Usus Besar
Usus besar berfungsi sebagai tempat penyerapan air dan pembentukan tinja menjadi pepejal. Ada sedikit penyerapan nutrien.

Saiz Usus Besar:
Lembu - 45 liter
Kambing - 6 liter

Sistem Pencernaan Kambing

Sistem Pencernaan Ruminan
Haiwan ruminan berupaya mengunyah semula makanan kasar yang berada dalam rumen. Makanan kasar dimuntah ke ruang mulut, dikunyah semula dan ditelan. Proses ini dilakukan apabila haiwan sedang berehat atau tidak menjalankan aktiviti makan.


Proses Dalam Rumen
Makanan yang masuk dalam rumen akan bercampur dengan bakteria dan protozoa yang bertindak keatas makanan. Bakteria akan membiak hasil daripada fermentasi. Pencernaan selulosa menghasilkan asid lemak meruap yang menjadi sumber tenaga haiwan ruminan. Selain dari itu bakteria dan protozoa juga akan mengsintesis protein dan vitamin.


Bagaimana Ia Berfungsi?
Selepas dikunyah dan ditelan makanan masuk ke dalam rumen dan retikulum. Fungsi utama retikulum adalah untuk mencampur makanan dengan cecair rumen dan mikrob. Juga memperangkap bahan bukan makanan seperti batu pasir dan besi.


Bagaimana Sistem Pencernaan Berfungsi?

Rumen
Dalam rumen bakteria akan bertindak dengan bahan makanan. Hasil sampingan ialah asid lemak meruap. Bakteria dan protozoa akan membiak dan memasuki omasum dan seterusnya abomasum.

Omasum
Dalam omasum, makanan dihancurkan dan air juga diserap sehingga tinggal 30 - 40 peratus dari asal. Makanan bersama sama bakteria dan protozoa akan masuk ke abomasum.

Abomasun
Dalam abomasum makanan ditindakbalas oleh enzim dari dinding abomasum. Asid hidroklorik dan pepsin bertindak ke atas protein.

Usus Kecil Dan Usus Besar
Dari abomasum makanan akan bergerak masuk ke usus kecil dimana enzim dari pankrias dan juga dinding abomasum bertindak ke atas protein, karbohidrat dan lemak. Usus kecil juga menyerap nutrien hasil dari pencernaan oleh enzim. Dari usus kecil makanan akan ke usus besar dimana sejumlah besar air diserap untuk menjadikan tinja.




No comments:

Post a Comment

lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...